Jumaat, 25 Jun 2010

AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN)

MUQADDIMAH

Surah "Al-Faatihah" (Pembukaan) diturunkan di Mekah, terdiri daripada 7 ayat dan merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang terdapat di dalam Al-Qur'an dan ianya termasuk di dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini disebut "Al-Faatihah" (Pembukaan) kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulai Al-Qur'an.

Dinamakan "Ummul Al'Qur'an" atau "Ummul Kitab" kerana ia merupakan ibu bagi segala isi Al-Qur'an, serta menjadi inti dari kandungan Al'Qur'an, dan kerana itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap solat.

Ianya juga dinamakan sebagai "As Sab'ul matsaany" (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya terdiri daripada 7 ayat yang dibaca berulang-ulang dalam setiap solat.

Surah ini mengandungi beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al-Qur'an, iaitu:
  1. Keimanan:
  2. Hukum-hakam
  3. Kisah-kisah
PENUTUP

Surah "Al-Faatihah" ini melengkapi unsur-unsur pokok syariat Islam yang akan dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al-Qur'an yang 113 surah berikutnya.

Dibahagian akhir surah "Al-Faatihah" disebutkan permohonan hamba supaya diberikan petunjuk oleh Tuhan kepada jalan yang lurus, sedang surah "Al-Baqarah" dimulai dengan menunjukkan A'-Qur'an yang sempurna ini sebagai pedoman dalam menuju jalan yang lurus itu.