RSS

Sabtu, 8 Januari 2011

BERSOLAT, DOA BOLEH ATASI MASALAH TEKANAN

Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan maslah yang tidak berpenghujung. Bagi meringkan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:

  • Bersabar dengan segala yang menimpa. "Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya." (Luqman: 17)

Khamis, 6 Januari 2011

IMAN, ISLAM DAN EHSAN

Hadis sahih Muslim, daripada Abdullah bin Umar, katanya Umar al-Khattab ayahnya bercerita kepadanya seperti berikut:

Pada suatu hari kami berada disisi Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorang pun daripada kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia duduk dekat dengan Nabi SAW. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pehanya sendiri.

Dia berkata, "Wahai Muhammad, beritahu kepadaku mengenai Islam."

Rasulullah SAW bersabda, "Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji jika mampu dalam perjalanan."

Lelaki itu berkata, "Kamu berkata benar."

Umar berkata: Tentu saja kami berasa hairan kepada orang itu, sebab dia yang bertanya dan dia sendiri yang membenarkannya (jawapan Rasulullah).

Lelaki itu berkata lagi, "Beritahukan kepadaku mengenai iman."

Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, beriman kepada hari akhir dan juga kepada qadar-Nya yang baik dan yang buruk."

Lelaki itu berkata, "Kamu telah berkata benar." Kemudian beliau menyambung, "Beritahukan kepada diriku mengenai ehsan."

Rasulullah bersabda, "Hendaknya kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak berasa melihat-Nya maka hendaklah kamu merasa dilihat oleh-Nya."

Lelaki itu berkata lagi, "Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat."

Rasulullah menjawab, "Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya."

Lelaki itu berkata, "Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya saja."

Rasulullah bersabda, "Kalau sudah ada budak perempuan melahirkan tuannya; kalau kamu telah menyaksikan orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dari kalangan orang-orang melarat pengembala kambing saling berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi."

Umar berkata: kemudian lelaki itu pun pergi. Setelah berlalu beberapa hari akhirnya Rasulullah berkata kepadaku, "Wahai Umar, tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu) mengajukan pertanyaan?' Aku menjawab: Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang mengetahui. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya dia adalah Jibrail. Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua."

Sumber dari Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim (Terj), Buku 1, 1994, Mustaqiim, Jakarta, ms 295~296.

Isnin, 3 Januari 2011

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang 2 rakaat:
  1. Rakaat Pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  2. Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak 4 rakaat:
  1. Rakaat Pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan
  2. Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
  3. Rakaat Ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT
  4. Rakaat Keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
  1. Rakaat Pertama: Kelam dengan kesalahan
  2. Rakaat Kedua: Kelam dengan air laut
  3. Rakaat Ketiga: Kelam dengan malam
  4. Rakaat Keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kamunya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
  1. Rakaat Pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
  2. Rakaat Kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmohan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  3. Rakaat Ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahnaynlah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda bersyukur:
  1. Rakaat Pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya
  2. Rakaat Kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
  3. Rakaat Ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun
  4. Rakaat Keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Sumber dari Diari Islam 1431~1432 H.

Jumaat, 25 Jun 2010

AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN)

MUQADDIMAH

Surah "Al-Faatihah" (Pembukaan) diturunkan di Mekah, terdiri daripada 7 ayat dan merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang terdapat di dalam Al-Qur'an dan ianya termasuk di dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini disebut "Al-Faatihah" (Pembukaan) kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulai Al-Qur'an.

Dinamakan "Ummul Al'Qur'an" atau "Ummul Kitab" kerana ia merupakan ibu bagi segala isi Al-Qur'an, serta menjadi inti dari kandungan Al'Qur'an, dan kerana itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap solat.

Ianya juga dinamakan sebagai "As Sab'ul matsaany" (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya terdiri daripada 7 ayat yang dibaca berulang-ulang dalam setiap solat.

Surah ini mengandungi beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al-Qur'an, iaitu:
  1. Keimanan:
  2. Hukum-hakam
  3. Kisah-kisah
PENUTUP

Surah "Al-Faatihah" ini melengkapi unsur-unsur pokok syariat Islam yang akan dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al-Qur'an yang 113 surah berikutnya.

Dibahagian akhir surah "Al-Faatihah" disebutkan permohonan hamba supaya diberikan petunjuk oleh Tuhan kepada jalan yang lurus, sedang surah "Al-Baqarah" dimulai dengan menunjukkan A'-Qur'an yang sempurna ini sebagai pedoman dalam menuju jalan yang lurus itu.